Salaamun alaikum w.b.t……. Kita tidak boleh berputus asa untuk mencari isteri solehah atau suami soleh. Biar pun sudah banyak kali kita gagal dalam menyintai seseorang dan berniat untuk menjadikannya sebagai pasangan hidup kita dunia dan akhirat.  Biar pun kita pernah bercerai setelah berkahwin dan mengalami kegagalan-kegagalan lain yang seumpamanya. Perkahwinan adalah suatu yang dituntut di dalam Islam kerana ianya adalah satu perkara yang mulia , banyak hikmahnya dan sudah bermula dari dalam syurga dulu lagi. Berikut adalah beberapa panduan dari AlQuran dan AlHadith untuk mencari pasangan hidup agar kita dapat bahagia di dunia dan di akhirat insyaAllah. “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur : ayat 32-33.